Penjelasan Jenut garam

Berbagai binatang pergi ke jenut garam dan makan tanah liatnya yang penuh dengan zat dan mineral untuk mencukupkan keperluan diet mereka. Sesetengah haiwan pula memakan ia untuk mencegah kesan sampingan daripada bahan pertahanan tumbuhan semasa memakan tumbuh-tumbuhan.[4] Kandungan mineral yang ada pada jenut biasanya mengandungi kalsium, magnesium, belerang, fosforus, kalium dan natrium.[5][6][7][8] Ia amat penting untuk pelbagai organisma, namun masih lagi banyak yang perlu dikaji atas manfaatnya kepada pemakanan.

Jejak yang haiwan-haiwan hasilkan ke jenut dan lopak berair juga dijadikan tapak pemburuan untuk manusia zaman dahulu. Satu teori mengatakan jejak ke tempat tersebut kemudiannya menjadi denai dan jalan untuk manusia purba.[9]

Apapun, ada banyak kajian yang telah mengenali kegunaan dan manfaat daripada mikronutrien yang ada dalam jenut garam, seperti selenium, kobalt serta molibdenum.[10][11] Berkaitan dengan jenut garam, kadangkala haiwan-haiwan mengalami kemalangan semasa cuba menjilat taram yang ada pada jalan raya. Haiwan-haiwan juga memakan tanah untuk mendapat mineral, contohnya moose di Kanada memakan tanah dari tunggul pokok mati.[12][13]

Rujukan

WikiPedia: Jenut garam http://www.mdpi.com/1424-2818/3/2/217/pdf http://content.time.com/time/magazine/article/0,91... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2292638 http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=jenut&d=6920&... http://alcesjournal.org/index.php/alces/article/vi... http://www.asmjournals.org/doi/pdf/10.1644/06-MAMM... http://www.asmjournals.org/doi/pdf/10.1644/07-MAMM... //doi.org/10.1111%2Fj.1469-7998.2006.00241.x //doi.org/10.1371%2Fjournal.pone.0002011 //doi.org/10.1644%2F06-MAMM-A-055R1.1